2. Satu bekas ayam hanya boleh memuatkan 3 ekor ayam hidup untuk disembelih. Ini dapat memudahkan penyembelih untuk menyembelih ayam tersebut.
3. Ayam siap sedia untuk disembelih.
6. Ayam yang sudah disembelih akan dibiarkan mati. Penyembelihan seperti ini telah pasti :-
- Tiada renjatan elektrik digunakan
- Darah tidak terkena pada seluruh badan
- Tiada masalah ayam mati tertindih
7. Lebihan darah pada leher ayam akan dibersihkan menggunakan air paip kerana bakteria dapat merebak melalui darah. Darah juga dikategorikan sebagai najis.
10. Ayam akan dimasukkan ke dalam bakul yang disediakan sementara menunggu ayam didalam mesin celur betul-betul lembut untuk proses menanggalkan bulu nanti. Bulu yang tertanggal semasa proses celuran akan dikumpulkan di dalam satu bekas yang disediakan.
11. Proses celuran pasti bersih kerana darah telah dibersihkan terlebih dahulu. Selain itu, usus dan perutnya juga telah dikeluarkan bagi memastikan ayam tidak dicelur bersama najisnya.
13. Ketika proses prmbuangan bulu, air akan dialirkan untuk memastikan bulu yang telah dicabut tidak melekat pada kulit ayam.
14. Ayam yang telah siap dicabut bulunya dikeluarkan dari mesin dan diletakkan di tempat yang disediakan untuk pembuangan bulu halus pula.
15. Pekerja akan membuang bulu halus dan lebihan kulit pada kaki sebelum direndam dalam air dan ais.
16. Ayam akan dikira mengikut tempahan dan dimasukkan ke dalam bekas sebelum proses memotong ayam mengikut bahagian yang ditempah oleh pelanggan.
18. Pekerja akan memotong ayam dan diasingkan mengikut bahagian untuk memudahkan proses basuhan dan pembuangan lemak dan juga darah beku.
19. Bekas yang mengandungi bahagian ayam dipastikan dialas dengan bekas kosong supaya ayam tadi tidak terkena lantai.
20. Proses pembersihan darah beku dan lemak akan dilakukan oleh pekerja perempuan. Air akan dialirkan sepanjang proses pembersihan.
21. Ayam yang telah dibersihkan akan dibungkus mengikut tempahan pelanggan. Kebiasaannya ayam akan dibungkus menjadi seekor ayam.
22. Ayam yang telah siap dibungkus akan dimasukkan ke dalam peti beku untuk mengelakkan bakteria membiak.