Sekitar Kawasan


Alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan Ruqyah ayat-ayat Syifa' akan sentiasa dipasang dari awal penyembelihan.


Bilik persalinan juga disediakan bagi pekerja mengganti pakaian yang sesuai untuk membuat kerja.


Ais yang digunakan untuk rendaman ayam sebelum dimasukkan ke peti beku disediakan sendiri oleh pihak kilang untuk mengurangkan kos.


Bekas ayam untuk mengambil ayam hidup dari reban akan sentiasa dibersihkan setiap hari bagi memastikan ayam yang akan diambil esok hari bebas dari bakteria yang terdapat pada bekas ayam.


Kasut but disediakan untuk pelawat selain semua pekerja juga memakai but sebagai langkah keselamatan dan juga kebersihan. Ini kerana lantai di kawasan pemprosesan ayam dalam keadaan basah.


Sistem kehadiran pekerja yang sistematik.


Surau disediakan untuk pekerja dan juga tetamu.


Peti beku yang terdapat di kilang bagi menyimpan ayam-ayam sementara menunggu waktu penghantaran kepada pelanggan.

Kembali Ke Atas