Pengenalan Ayam Hijrah


Pengedar PERLIS :
UNIQUENESS RESOURCES (RA0033661-X)
No. 34, Jalan Seri Arau 2, Taman Seri Arau, 02600 Arau, Perlis.


   Syarikat Uniqueness Resources telah dilantik menjadi pengedar sah bagi negeri Perlis untuk produk Ayam Hijrah. Produk Ayam Hijrah telah dikeluarkan oleh syarikat Hajar Hijrah Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat bumiputera. Produk ini juga telah mendapatkan pengesahan sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

   Produk Ayam Hijrah telah melalui proses penyembelihan yang efektif dan disembelih oleh penyembelih bertauliah. Sepanjang proses penyembelihan sehingga pembungkusan, Ayam Hijrah akan terapi dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

   Perbezaan Ayam Hijrah dengan ayam biasa :-

AWAS!!!

Mati Lebih Awal Kerana Makan Ayam!!

Proses ayam yang DICELUR tanpa membuang perut dan usus untuk mengasingkan bulu ayam boleh menyebabkan PENYAKIT BERBAHAYA kepada manusia seperti berikut :-

1. VIRUS H5N1
    Virus yang sangat patogen dapat bertahan hidup dalam najis ayam selama enam hari
    - sumber Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)

2. CAMPYLOBACTER
    Campylobacteriosis ialah penyakit yang disebabkan oleh bakteria dalam najis ayam.

3. SALMONELLA
    Salmonella ialah sekumpulan bakteria yang hidup dalam saluran usus dan najis ayam.

4. E. COLI 0157 : H7
    E. Coli ialah salah satu bakteria yang paling umum terdapat dalam saluran usus dan najis ayam.
    Jangkitan E. Coli pada kanak-kanak boleh menyebabkan kematian atau komplikasi seperti radang
    usus.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Makan ayam yang tercemar dengan bakteria, bakteria dapat hidup dan bertahan pada manusia dan didapati cukup memadai untuk menyebabkan penyakit yang tidak boleh diubati dengan antibiotik biasa.

Statistik Kementerian Kesihatan, golongan berusia empat puluh tahun ke atas mula diserang pelbagai penyakit kronik.

Amalan industri pertanian moden yang memaksa sehingga 20 ribu ekor ayam ditempatkan dalam satu reban sangat kotor kerana dicemari najis. keadaan ini kerap menyebabkan pelbagai penyakit terhadap ayam. Pelbagai antibiotik dan hormon tumbesaran yang digunakan. Disamping antibiotik dan hormon, "blood meal" atau protien darah adalah haram kepada umat islam tanpa mengira darah babi atau haiwan lain.

Rujukan : PLoS Medicine, Public Library of Science, July 2005


Kawasan Kilang Pemprosesan



Pelan lantai kilang pemprosesan Ayam Hijrah seperti dibawah :-


Objektif Ayam Hijrah


  1. Membantu seberapa ramai orang Islam khasnya, dan bukan Islam amnya untuk makan Ayam Halalan Toyyiba.

  2. Menyediakan peluang pekerjaan dan membantu pekerjanya mencapai kehidupan lebih baik.

  3. Memberikan peluang kepada pelabur turut serta dalam perniagaan ini dan berkongsi keuntungan dan risiko untuk sama-sama berdakwah dan membantu lebih ramai orang mendapatkan ayam yang Halalan Toyyiba.

  4. Menjadi contoh dan pemangkin kepada lebih ramai yang berkesedaran dan memberi kesedaran pentingnya makan ayam Halalan Toyyiba.

  5. Bersama-sama menuntut keredhaan Allah dalam kehidupan Dunia dan Akhirat.

  6. Menjadi penyumbang utama (FISABILLILLAH).

  7. Untuk meningkatkan tindakbalas positif di kalangan pengguna kepada 30% dalam tempoh 1 tahun.

  8. Melakukan kajian dan pembangunan positif ke atas produk bagi mempelbagaikan produk berasaskan ayam untuk menambat hati pengguna.

  9. Untuk memastikan pengguna mendapat 100% yang dijamin halal dari pengeluar Muslim yang diiktiraf produknya.

  10. Untuk memastikan 99% penduduk sekitar negeri Perlis sedar dan menyokong produk ayam halal dari kami.

Semua objektif merangkumi aspek dan menyeluruh untuk memberi lebih nilai dan manfaat kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Misi & Visi Ayam Hijrah


  • Visi Ayam Hijrah

    Menjadi pengeluar ayam yang menyediakan ayam terbaik dan Halalan Toyyiba sepenuhnya dan menjadi pembekal terbesar produk ayam yang cemerlang dan terbilang di Malaysia dan Dunia.

  • Misi Ayam Hijrah

    1.   Menyediakan ayam terbaik Halalan Toyyiba.

    2.   Membantu menyelesaikan masalah ayam yang meragui status Halalnya di pasaran.

    3.   Bersedia menerima tempahan daripada pengguna sehingga 10,000 ekor sehari men-
          jelang hujung tahun 2014.

    4.   Memenuhi permintaan untuk sebarang tempahan yang diingini tepat pada masa.

    5.   Memperkenalkan Ayam Hijrah kepada semua lapisan masyarakat di semua tempat di
          Malaysia dan Dunia.

    6.   Menjadi penyumbang utama kepada pembangunan agama, ekonomi dan Negara.

Konsep Ayam Hijrah


  • Ayam yang diterapi Al-Quran 

    Di dalam kilang pemprosesan diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran dan Ruqyah ayat-ayat Syifa' dari awal pemprosesan hingga ke penyimpanan di bilik sejuk beku.

  • 100% Diproses mematuhi syariah 

    - Disembelih oleh orang yang bertauliah.
    - Pisau dibersihkan selepas setiap penyembelihan.
    - Kawasan kerja yang bersih. 

  • Konsep pemprosesan 11P 

    P1 - Pemilihan ayam terbaik
    P2 - Penyembelihan terbaik
    P3 - Pembuangan isi perut dan najis
    P4 - Pembersihan darah dan bulu
    P5 - Proses celur bersih
    P6 - Pembuangan bulu halus
    P7 - Pemotongan kepada beberapa bahagian
    P8 - Penyucian darah beku dan lemak
    P9 - Penimbangan dan pembungkusan
    P10 - Penyejukbekuan
    P11 - Penghantaran 

  • Ayam Hijrah memberikan anda : 

    1. Jimat Masa
    2. Jimat Wang
    3. JImat Tenaga
    4. Lebih Segar
    5. Lebih Sihat
    6. Tanpa Bau Hanyir
    7. Halalan Toyyiba 

Insya Allah, dengan keberkatan Al-Quran yang Allah janjikan dengan rahmat, petunjuk, penawar bagi seluruh alam akan dapat kita nikmati dengan amalan makan ayam yang telah diterapi dengan ayat-ayat Al-Quran.

Sekitar Kawasan


Alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan Ruqyah ayat-ayat Syifa' akan sentiasa dipasang dari awal penyembelihan.


Bilik persalinan juga disediakan bagi pekerja mengganti pakaian yang sesuai untuk membuat kerja.


Ais yang digunakan untuk rendaman ayam sebelum dimasukkan ke peti beku disediakan sendiri oleh pihak kilang untuk mengurangkan kos.


Bekas ayam untuk mengambil ayam hidup dari reban akan sentiasa dibersihkan setiap hari bagi memastikan ayam yang akan diambil esok hari bebas dari bakteria yang terdapat pada bekas ayam.


Kasut but disediakan untuk pelawat selain semua pekerja juga memakai but sebagai langkah keselamatan dan juga kebersihan. Ini kerana lantai di kawasan pemprosesan ayam dalam keadaan basah.


Sistem kehadiran pekerja yang sistematik.


Surau disediakan untuk pekerja dan juga tetamu.


Peti beku yang terdapat di kilang bagi menyimpan ayam-ayam sementara menunggu waktu penghantaran kepada pelanggan.

Kembali Ke Atas

Cara Pemprosesan Ayam Hijrah


1. Ayam hidup akan dimasukkan ke dalam tempat sembelihan yang dikhaskan untuk mengelakkan ayam dari melompat selepas disembelih. Kaedah ini juga dapat mengurangkan percikan darah pada badan ayam. Ini kerana, darah juga merupakan najis yang patut dielakkan.


2. Satu bekas ayam hanya boleh memuatkan 3 ekor ayam hidup untuk disembelih. Ini dapat memudahkan penyembelih untuk menyembelih ayam tersebut.


3. Ayam siap sedia untuk disembelih.


4. Ayam akan disembelih menghadap kiblat oleh penyembelih bertauliah.


5. Pisau akan sentiasa dibersihkan setiap kali penyembelihan.


6. Ayam yang sudah disembelih akan dibiarkan mati. Penyembelihan seperti ini telah pasti :-

  • Tiada renjatan elektrik digunakan
  • Darah tidak terkena pada seluruh badan
  • Tiada masalah ayam mati tertindih


7. Lebihan darah pada leher ayam akan dibersihkan menggunakan air paip kerana bakteria dapat merebak melalui darah. Darah juga dikategorikan sebagai najis.


8. Ayam yang siap dibersihkan darah pada lehernya siap untuk proses seterusnya.


9. Selepas itu, ayam tadi akan dibuang usus dan perutnya sebelum melalui proses celur.


10. Ayam akan dimasukkan ke dalam bakul yang disediakan sementara menunggu ayam didalam mesin celur betul-betul lembut untuk proses menanggalkan bulu nanti. Bulu yang tertanggal semasa proses celuran akan dikumpulkan di dalam satu bekas yang disediakan.


11. Proses celuran pasti bersih kerana darah telah dibersihkan terlebih dahulu. Selain itu, usus dan perutnya juga telah dikeluarkan bagi memastikan ayam tidak dicelur bersama najisnya.


12. Ayam yang siap dicelur akan dimasukkan pula ke dalam mesin untuk meleraikan bulu dari kulit.


13. Ketika proses prmbuangan bulu, air akan dialirkan untuk memastikan bulu yang telah dicabut tidak melekat pada kulit ayam.


14. Ayam yang telah siap dicabut bulunya dikeluarkan dari mesin dan diletakkan di tempat yang disediakan untuk pembuangan bulu halus pula.


15. Pekerja akan membuang bulu halus dan lebihan kulit pada kaki sebelum direndam dalam air dan ais.


16. Ayam akan dikira mengikut tempahan dan dimasukkan ke dalam bekas sebelum proses memotong ayam mengikut bahagian yang ditempah oleh pelanggan.


17. Air rendaman ayam lebih bersih kerana proses penyembelihan yang baik.


18. Pekerja akan memotong ayam dan diasingkan mengikut bahagian untuk memudahkan proses basuhan dan pembuangan lemak dan juga darah beku.


19. Bekas yang mengandungi bahagian ayam dipastikan dialas dengan bekas kosong supaya ayam tadi tidak terkena lantai.


20. Proses pembersihan darah beku dan lemak akan dilakukan oleh pekerja perempuan. Air akan dialirkan sepanjang proses pembersihan.


21. Ayam yang telah dibersihkan akan dibungkus mengikut tempahan pelanggan. Kebiasaannya ayam akan dibungkus menjadi seekor ayam.


22. Ayam yang telah siap dibungkus akan dimasukkan ke dalam peti beku untuk mengelakkan bakteria membiak.

Ayam Seekor ( tidak melalui proses pemotongan )


1. Tempahan ayam tanpa perlu dipotong akan disusun di tempat yang disediakan.


2. Ayam akan disusun dengan baik.


3. Ayam yang siap dibasuh.


4. Ayam yang siap disusun akan ditarik untuk dimasukkan ke peti beku.


5. Peti beku dibuka.


6. Ayam ditarik untuk dimasukkan ke dalam peti beku.


7. Ayam akan disusun dengan teratur di dalam peti beku.

Perbezaan Ayam Sebelum Dan Selepas Dibasuh


Bahagian dada yang belum dicuci.


Bahagian dada yang telah dicuci.


Bahagian dada yang belum dicuci.


Bahagian dada yang telah dicuci.

Kembali Ke Atas

Testimoni Pengguna


  • Masalah Gatal Dan Alahan ( 019-4117369 )


    1. Pn. Siti Heja @ Siti Rokiah dan suami Ayob bin Shariff yang sudah beberapa tahun tidak makan ayam kerana mengalami gatal dan alahan. Kini Alhamdulillah tersenyum menikmati ayam Hijrah.



  • Dinasihatkan Doktor Jangan Makan Ayam ( 013-4930708 )


    1. Pn. Hasmah yang menjalani rawatan kanser dinasihatkan doktor supaya berpantang jangan makan ayam. Alhamdulillah boleh menikmati Ayam Hijrah berkat terapi Al-Quran.



  • Mudah Disediakan Dan Tahan Lebih Lama ( 019-4428252 )


    1. Pn. Nor Hashimah menceritakan pengalamannya sebelum ke Masjid untuk menunaikan solat Isyak. Beliau meletakkan Ayam Hijrah di dalam sinki lalu terlupa hingga ke pagi. Dilihat Ayam Hijrah masih segar dan tidak berb au busuk. Lagipun mudah digunakan kerana siap dicuci bersih.